Followers

Tuesday, February 1, 2011

PETUA PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI UPSR

Salam 1 Malaysia. Petua ini telah lama cikgu praktikkan semasa cikgu masih dibangku sekolah hinggalah cikgu berjaya ke menara gading.
Cikgu harap calon-calon UPSR pada tahun ini dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Petuanya ialah:
  1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru mengajar dan bahan yang dibaca.
  2. Mengamalkan tingkah laku yang boleh mempercematkan pembacaan dan menyalin nota. Murid membaca idea bukan setiap perkataan yang dibaca.
  3. Semasa proses penbacaan, murid tidak perlu untuk menyebut semua perkataan kerana cara ini akan melambatkan kadar bacaan dan menghilangkan daya tumpuan.
  4. Murid perlu mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca.
  5. Bahan bacaan akan lebih berkesan apabila murid memahami dan menghayati bahan bacaan, murid perlukah membuat kaitan bahan bacaan dengan keadaan yang sebenar kehidupan harian.
  6. Murid boleh membuat gambaran di dalam minda untuk memberi kefahaman yang lebih utuk.
  7. Murid perlulah elakkan untuk belajar berterusan untuk jangka masa yang lama.
  8. Berehat dalam jangka masa 10 minit selapas membaca dalam tempoh masa 30-50 minit.

Pecah Kaca,

Pecah Gelas,

Banyakkan membaca,

Otak Cerdas..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment