Followers

Wednesday, February 23, 2011




Menumpang lori untik ke Taman negara mulu..
letih jalan kaki..kebetulan lalu..kami naik dengan rasa tidak malu..hehe
Cerita pengalamanku..
Aku dalam perjalanan untuk membuang angin dekat gua yang terkenal di dunia..
ni kawan-kawan seperjuangan ku semasa di SK BATU BUNGAN MULU,BARAM SARAWAK.
Mereka ini berjiwa kental untuk mendidik anak bangsa Penan.
Baju kuning...cikgu Mazlina, Baju Coklat...Cikgu Maria dan Aku..cikgu Hidayl...
Sedia berkhidmat..

Thursday, February 10, 2011

10 TEKNIK BELAJAR BERKESAN

1. Fokuskan matlamat belajar.
2. Sediakan jadual belajar dan cuba belajar mengikut Jadual Waktu yang telah kamu tetapkan.
3. Berusaha untuk menyemai minat terhadap pelajaran.
4. Sentiasa positif, tenang, gembira, ceria untuk memerima dan belajar sesuatu perkara baru.
5. Hadapi masalah dan cari penyelesaian yang berhemah.
6. Elakkan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
7. Belajar dalam keadaan yang sedia dan segar.
8. Memohon petunjuk dan keredaan Tuhan Maha Pencipta.
9.Ucapkanlah Tahniah pada diri sendiri apabila telah berjaya mendapat kejayaan.
10. Berilah hadiah untuk diri sendiri.

Monday, February 7, 2011

ASAS SIMPULAN BAHASA

ABU JAHAL

maksud:

  • Orang yang sangat jahat.

Contoh ayat:

  • Amirul tidak berkawan dengan budak yang digelar Abu Jahal itu.

JADI ABU

Maksud:

  • Sudah Binasa

Contoh Ayat:

  • Rancangan Pak Atan untuk mendirikan masjid menjadi abu kerana wang simpanan hangus dililat api.

Sunday, February 6, 2011

Tip Mengatasi Tekanan

  1. Belajar untuk berehat/Bertenang
  • masa rehat penting untuk badan dan minda agar kedua-duanya dapat berehat dan bertenaga semula. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda minati seperti mendengan radio, bersukan ,berjalan atau berendam dalam air panas.

Wednesday, February 2, 2011

Genre Muslimah cemerlang dunia dan akhirat



  1. Wanita sebagai anak dan menantu perlulah sentiasa berbakti kepada ibubapa tanpa mengeluh.

  2. Menunjukkan sikap berterima kasih kepada kedua orang tua yang melahirkan kita ke dunia.

  3. Patuh kepada orang tua yang melahirkan kita ke dunia.

  4. Melaksanakan wasiat ibu bapa selepas mereka meninggal.

  5. Memohon ampun kepada Allah untuk mereka kerana doa anak yang soleh akan diterima.

  6. Tidak meninggikan suara terhadap ibu bapa.

  7. Tidak berdendam walaupun mereka pernah bersalah terhadap kita.

  8. Meraikan meraka tidak kira semasa pada hari lahir, ulang tahun dan sebagainya.

  9. Memberi pakaian terbaik buat orang tua terlebih dahulu daripada diri sendiri.

  10. Mengeluarkan sedekah atas nama orang tua.

Tuesday, February 1, 2011

PENGETAHUAN TENTANG ORGAN INTIM

Bagi remaja perempuan pada masa kini, ilmu tentang seksiologi sebanarnya masih belum sempurna tanpa ilmu tentang organ intim milik sendiri.
Fungsi organ ini bukalah dicipta oleh-NYA hanya untuk Seks semata-mata tetapi masih banyak lagi fungsi yang tersembunyi.
Mari kita cuba fahami organ yang dimiliki kaum wanita untuk pengetahuan dan ilmu pada masa akan datang.

Perkara yang kita akan kupas ialah:

  • G Spot
  • Selaput Dara
  • Rahim
  • Vulva
  • Vagina
  • Ovarium
  • kitoris

Saya akan terangkan satu persatu pada masa akan datang. Pastikan anda semua tunggu kupasan saya....

SAMBUNGAN...

RAHIM

  • Berfungsi sebagai rumah bagi janin.
  • Berbentuk seperti sebiji buah pir terbalik, panjangnya 7.5 sentimeter dan lebarnya pula lima sentimeter.
  • Rahim diperbuat daripada otot yang kuat dan terdiri daripada 3 lapisan.
  • Lapisan yang paling dalam disebut endometrium.
  • Jaringan endometrium adalah yang paling tebal dan terhakis apabila haid.
  • Lapisan tengah penuh jaringan yang memperkuat dinding uterus dan membuatkannya cukup lentur untuk menyimpan janin.
  • Otot inilah yang akan berkontraksi ketika proses bersalin, termasuklah ketika anda mengalami sakit haid.

CARA MEMINATI SUBJEK UPSR

Mata pelajaran UPSR sememangnya tidak bergitu diminati oleh murid-murid.
Cara yang terbaik untuk menanam minat murid terhadap pelajaran ialah dengan menggalakkan murid mengulangkaji sendiri kehidupan sekitar kita.
Ini kerana semua yang berkaitan dengan sains. Cuba murid menggunakan tip-tip yang berikut:
  1. Jadikan Belajar sebagai hobi.
  2. Tanamkan minat terhadap cintakan ilmu dengan mengamati persekitaran kita.
  3. Jangan ponteng kelas dan mendengar dengan teliti serta mengingat apa yang diperkatakan oleh guru.
  4. Buatlah nota sendiri. Cuba buat sendiri eksperimen yang mudah.
  5. Menghabiskan kerja rumah dengan sempurna.
  6. Pembahagian masa yang tepat.
  7. Selalu membaca bahan-bahan ilmiah.
  8. Membuat ulang kaji sepintas lalu tentang apa yang diajar oleh guru dalam tempoh 24 jam.

PETUA PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI UPSR

Salam 1 Malaysia. Petua ini telah lama cikgu praktikkan semasa cikgu masih dibangku sekolah hinggalah cikgu berjaya ke menara gading.
Cikgu harap calon-calon UPSR pada tahun ini dapat membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Petuanya ialah:
  1. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada guru mengajar dan bahan yang dibaca.
  2. Mengamalkan tingkah laku yang boleh mempercematkan pembacaan dan menyalin nota. Murid membaca idea bukan setiap perkataan yang dibaca.
  3. Semasa proses penbacaan, murid tidak perlu untuk menyebut semua perkataan kerana cara ini akan melambatkan kadar bacaan dan menghilangkan daya tumpuan.
  4. Murid perlu mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca.
  5. Bahan bacaan akan lebih berkesan apabila murid memahami dan menghayati bahan bacaan, murid perlukah membuat kaitan bahan bacaan dengan keadaan yang sebenar kehidupan harian.
  6. Murid boleh membuat gambaran di dalam minda untuk memberi kefahaman yang lebih utuk.
  7. Murid perlulah elakkan untuk belajar berterusan untuk jangka masa yang lama.
  8. Berehat dalam jangka masa 10 minit selapas membaca dalam tempoh masa 30-50 minit.

Pecah Kaca,

Pecah Gelas,

Banyakkan membaca,

Otak Cerdas..

Selamat mencuba..

Monday, January 31, 2011

WARNA DAN KESESUSAIANNYA

HITAM
  • Hitam merupakan warna yang sungguh istimewa kerana ia mampu menyuntik satu kuasa yang amat seruis tapi pada masa yang sama nampak anggun.
  • Dipadankan dengan apa jua pakaian dalamnya, sut hitam pasti akan menyerlahkan satu gaya yang memberi kekuatan dan kuasa.

BIRU TUA

  • Warna yang mudah disuai padankan dan nampak paling bergaya jika ia sut seluar.
  • Pilih aksesori yang kreatif dan suntik sedikit ilham seni yang tersendiri pada pakaian ini untuk mengelakkan anda tampil seperti berpakaian seragam.

MERAH

  • Warna yang menarik terutama sut tersebut diperbuat daripada fabrik bulu gabardine atau crepew untuk digayakan di siang hari dan fabrik satin untuk sebelah malam.
  • Sebagai panduan, pilih nada sedikit pucat daripada tomato atau hunting red gelap.

Selamat Mencuba..